Perintah Pergerakan Kawalan (PKP)

 Hi there, 

Apa korang buat waktu - waktu PKP nie? 

Mesti ramai yang terkejut dengan keadaan PKP. Tak digalakkan keluar daripada rumah, kalau nak keluar beli barang kena bawak resit, atau kena tahan dengan polis atau tentera dekat sekatan jalan raya. 

Mula - mula aku pun tak tahan la jugak, tapi lama - lama aku okey. Aku suka je PKP, sebab aku nie jenis duk rumah kot (tapi aku jenis suka keluar jugak, dengan syarat kena ada kawan la, kalau aku sorang, aku prefer duk rumah je)

Antara aktiviti yang aku buat bila duduk rumah nie adalah 

1. Memasak (My therapy)

2. Tengok tv 

3. Layan Netflix

4. Layan Youtube (lepas semua cerita kat Netflix aku dah tengok)

5. Gardening (nie dah hujung - hujung PKP aku baru bergiat)

6. Belajar bahasa (this one PKPB aku baru buat, aku rasa okey sangat, sebab aku kurang makan, kalau masak, aku akan makan banyak wei.)

7. Kemas rumah (the least i did, hahaha)

8. Reading (the least i did jugak, sebab membaca nie sesuai untuk aku sebelum tidur, sebab aku akan mengantuk kalau membaca)

9. Redecorate rumah (acah - acah susun balik susunan perabot rumah contoh dalam bilik, atau ruang tamu.


Setakat ini, itu lah perkara yang aku buat pun time PKP

Harap kita semua ada cara masing - masing untuk kekal produktif, waras, sihat dan bahagia dengan kehidupan masing - masing ketika masa mencabar nie. 

Jangan bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Kenapa itu, kenapa ini. Itu semua akan menyebabkan kita lebih negatif dengan orang dan dengan kehidupan kita sendiri. 

Bahagia dengan cara kita okey, Love and hugs. Cheers guys


Comments

Popular Posts