bersedih?? ada penawarnya

setiap manusia ada masa bersedih, tp xelok kalau kita sedih je.. Aku ada buku yang sesuai untuk dibaca untuk menghilangkan rasa tu.. Mula-mula macam malas gak nak baca, tp lpas aku baca skit, aku trus nk baca lg. Sbb dia ada selitkan unsur2 agama dalam buku nie..

cara dia terangkan pun agak selesa untuk dibaca...maksudnya, dia tidak menyalahkan pembaca dari apa kesilapan yang pembaca dah buat, tp buku ni bagi inspirasi untuk pembaca berubah dan menyedari apa yang dilakukan sebenarnya salah..

La Tahzan (jangan bersedih)


ni la tajuk bukunya. Edisi pertama yang aku baca terjemahan arab ke Indonesia. Tak berapa nak faham. Jadi aku tengok-tengok la buku lain. Tak semena-mena aku tengok ada dalam plastik beg kt ruang tamu, ada buku La Tahzan dalam edisi Bahasa Malaysia. Baru aku lebih faham isi dia.

dalam buku ni ada disebut mengenai indivudu yang sering merasakan diri ini tidak berguna, tiada nilai, kerana berlainan dengan orang lain. Maka diterangkan bahawa, sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan setiap manusia itu sama, setiap manusia mempunyai perbezaan dan perbezaan ini tidak perlu diubah kerana ia menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah dalam mencipta makhlukNya. Maka sesiapa yang merasakan diri itu serba kekurangan sepatutnya menyedari bahawa itulah tanda jati diri kita sebenar. Mengapa berubah kerana mengikut rakan lain yang juga seorang manusia yang sama darjatnya dengan kita?

Juga dihuraikan mengenai punca-punca kesedihan. Kesedihan hanya akan datang jika seseorang itu menganggur (tidak melakukan apa-apa). Maka, manusia perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan kesunyian melanda diri. Bersukan, bersiar-siar, atau yang paling baik beribadat kepada Allah.

Bagi sesiapa yang pernah ditinggalkan rakan atau teman tersayang pula. Jangan bersedih, anggap semua tu satu ujian dari yang Maha Esa. Ingat! jika sesuatu itu meninggalkan seseorang, sesungguhnya akan ada yang lebih baik akan menggantikan mereka. Jangan anggap kita ditinggalkan maka kita perlu bersedih, tp ingat bahawa sesungguhnya Allah akan mengantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Walaupun mungkin gantian itu akan datang menjelma dalam masa 5 atau 10 tahun kemudian, tetapi tunggulah saat nya. Sesungguhnya Allah Maha Adil kepada hamba Nya.

Kepada mereka yang selalu dicerca dan disindir, jangan salahkan diri dengan apa yang disindirkan. Tetapi cermin diri kita semula, kaji apa sumbangan yang telah diberikan paling kurang untuk kedua ibubapa. Sesungguhnya tiada manusia yang layak dicerca melainkan mereka yang inginkan diri mereka dicerca. Setiap daripada kita ada sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Walaupun sedikit, tetapi itu lah pengorbanan terbesar yang tulen daripada diri kita sendiri.

Jadi, aku rasa buku ni memang sesuai untuk mereka yang terluka, kurang motivasi dan kurang semangat. Ingatlah, hanya kita yang boleh merubah diri kita sendiri.

Comments

Unknown said…
penama penerbit nya azreen?
azren said…
jap, penerbit nyer nama Al-Hidayah Publication
website die www.hidayah.com.my

Popular Posts