Merentas Amerika Hari ketiga belas, Washington D.C (Lincoln Memorial + Washington Monument)
Selamat pagi semua daripada Frederick, Maryland. Baik hari ini kita akan bergerak ke tempat yang aku tunggu - tunggu sangat nak pergi iaitu Washington D.C.
Tempat ini adalah pusat pentadbiran kerajaan Pusat Amerika Syarikat yang terletak di negeri Maryland. Tempat ini berbeza dengan State of Washington yea yang terletak di atas negeri Oregon dan sempadan dengan Kanada di Utara.
Itu adalah State of Washington (photo taken from wikipedia) |
Washington yang ada D.C tu bermaksud District of Columbia. Tempat nie, tahap dia macam federal territory KL, Putrajaya dan Labuan. Tapi Washington D.C tidak dikira sebagai satu negeri dalam US, negeri Maryland dan negeri Virginia derma kan tanah dalam negeri masing - masing untuk membentuk Ibu negara US ini. Tapi dalam tahun 1847, tanah negeri Virginia dipulangkan semula. Nama tempat ini diambil daripada Presiden US yang pertama iaitu George Washington.
Maka, itu la beza antara 2 tempat yang bernama Washington nie.
Selepas breakfast kat motel, kami pun bergerak la ke Washington D.C. Bila nak masuk kawasan bandar nie, jalan mula sibuk balik, kami bertemu semula dengan kesesakan jalan raya sekitar Washington.
Dah mula memasuki kawasan Washington D.C.
Bangunan Treasury kalau tak silap (macam kita kementerian kewangan) |
Nie tak ingat pejabat apa, tapi amik jugak la gambar. |
Nie pun sama, tak ingat pejabat apa, tapi amik siap - siap. |
Washington Monument or as I called it monument batang pensil |
Lincoln Memorial |
Lincoln memorial ini dirasmikan pada tahun 1922 oleh Presiden Warren G. Harding
Akhirnya sampai di sini |
Ok, Jom kita masuk ke dalam.
Dalam Lincoln Memorial ini ada sebuah patung besar Abraham Lincoln duduk atas kerusi batu.
Belakang dia ada kata - kata.
IN THIS TEMPLE
AS IN THE HEARTS OF THE PEOPLE
FOR WHOM HE SAVED THE UNION
THE MEMORY OF ABRAHAM LINCOLN
IS ENSHIRED FOREVER
(Tempat nie tak boleh bising - bising ya, keep quiet to respect the place)
Belah kiri memorial nie ada tulisan ini. Diambil daripada Abe Lincoln Second Inaugural Address.
Di sebelah kanan ada tulisan ini, diambil daripada Gettyburg Address
Aku dan Abe Lincoln |
Kalau Yoshimite ada Mirror Lake, kat sini ada Reflecting Pool |
(Daripada celahan tiang Lincoln Memorial, hujung sana Washington Memorial)
Satu lagi perhimpunan diadakan untuk menyaksikan persembahan Marian Anderson. Asal ceritanya, dia nie asalnya nak buat show kat satu badan NGO nama Daughters of the American Revolution, tapi tak dibenarkan, mungkin ada kaitan dengan isu diskriminasi waktu tu sebab dia nie berdarah African American. So sebagai ganti, Eleanor Roosevelt iaitu isteri Presiden Franklin Roosevelt, menganjurkan persembahan khas untuk Marian Anderson di kawasan nie dengan penonton seramai 75, 000 orang yang datang.
Itu lah kisahnya.
Washington Monument dan Reflecting Pool |
Aku boleh bayang, kat sini la Martin Luther King Jr sampaikan ucapan famous dia tu
"I Have a Dream"
Suka jalan nie, ada pokok kiri kanan, layan je perasaan kat sini. |
Lepas dah puas bergambar dekat Lincoln Memorial, kami berjalan ke Washington Monument pulak. Aku mintak kawan aku lagi 2 orang jalan dulu, aku nak jalan sensorang melayan perasaan kat sini. Nak bayangkan menjadi penonton waktu "I have a dream" dibaca. Nak bayangkan lepak kat sini waktu musim luruh. Macam - macam la aku berangan waktu tu. By the way, memang jauh pun nak ke Washington Monument tu.
Berangan macam dalam drama time aku sekolah rendah dulu, Cinta Antara Benua |
Sempat la aku tengok pokok - pokok berdaun merah |
Berjalan ke Washington Monument pulak. |
Masih berjalan, dan berjalan.
Ada Air Pancut pulak kat sini, aku ingat terus je sampai ke sana.
Ta daaa, Washington Monument |
Ok, kat sini aku nak carut dah, sebab tak sampai - sampai lagi.
Nah, baca puas - puas, geram kat diri sendiri, haha. |
Tempat nie, makin dekat ko jalan, makin jauh rasanya. Sebab kalau korang tengok gambar dari atas sampai ke bawah nie, macam tak sampai - sampai ke batang pencil nie, dah lama berjalan aku pun naik geram. Kenapa la aku tak naik kereta ja dari Lincoln Memorial tu, terus ke sini. Maafkan saya kawan - kawan, saya lupa diri buat seketika. Hahaha, dengan korang - korang terjebak.
The Obelisk (kalau korang tengok tiang tu dari bawah sampai atas, ada beza warna, kesan daripada projek tiang nie terhenti selama 23 tahun) |
Akhirnya, tapi kena naik bukit pulak.
Okey, Washington Monument nie dibina untuk memperingati jasa Presiden pertama US, George Washington. Aku pun tak pasti sebab binaan ini yang menjadi pilihan untuk memperingati En Presiden Pertama. Tugu nie menjadi pilihan peminat teori konspirasi untuk berhujah dengan pendapat mereka. Malah geng Iluminati pun suka berdebat pasal binaan nie. So aku pun pergi la tengok dengan lebih dekat tugu nie.
Tugu nie mula dibina tahun 1848, dan berenti kejap selama 23 tahun sebab kekurangan belanja. Lama wei, sian depa. Binaan luaran nie siap tahun 1884. Tapi ada besi tak pasang lagi apa semua, so siap sepenuhnya tahun 1888.
Nampak ada beza warna, belah bawah lain, belah atas lain. (Aku pun baru perasan bila tengok gambar, secara live, aku pun tak perasan) |
Bila dah sampai, nak bagi puas hati, aku pegang tiang nie, ha, sampai pun. Geram dengan diri sendiri, hehe.
Pintu masuk ke obelisk nie |
Tiang nie boleh masuk yea tuan - tuan. Korang boleh naik atas, tengok pemandangan dari atas. Kami tak naik, sebab nak patah balik ke Lincoln Memorial pulak. Kami bayar tiket parking untuk 2 jam setengah je kalau tak silap. Kami rehat lama jugak la kat bawah obelisk nie, bukan berangan tapi berehat, jauh berjalan.
Ok la, cukup setakat ini, kita sambung post yang kedua, tapi masih di Washington D.C.
Bubye.
Comments