Merentas Amerika Syarikat (Hari ketiga - San Francisco)

Alhamdulillah, kami sampai San Francisco dalam pukul 11 malam. Sampai saja, kami terus cari motel untuk menginap. Walaupun berpusing - pusing sekitar Golden Gate Bridge tu, akhirnya kami sampai jugak.

Tempat kami tidur dekat dengan San Francisco Islamic Center. Esok paginya, kami pergi berjemaah untuk solat subuh di situ. Lepas solat, kami dijamu kopi O oleh salah seorang jemaah di situ. Beliau berasal daripada Pakistan. Dia cerita la sejarah surau tu, asalnya sebuah gereja, tapi dah tak digunakan. Majlis tempatan nak jual tapak dan bangunan tu, jadi kelompok muslim di situ pun kumpul duit dan belilah bangunan tersebut.

Lepas di sesuaikan maka jadi la surau yang boleh menampung dalam 40 orang jugak la. Sempat la kami tumpang mandi, bersihkan diri bagai dalam surau tu. Masa tu sejuk yang amat, sorry nie pengalaman pertama aku pergi negara yang ada salji ya, so aku akan banyak tulis pasal kesejukan dalam entry Merentas Amerika Syarikat ini, hehe

Lepas bersiap, kami pun keluar la mencari best view for Golden Gate Bridge.

Pemandangan Golden Gate Bridge dari kejauhan.

Kalau nampak pulau kecik tu, itu la Alcatraz Island yang menempatkan penjara terkenal Alcatraz Federal Penitentiary, beroperasi dari tahun 1934 sampai 1963. Penjara yang terkenal sebab keadaan fizikalnya yang menyebabkan mustahil untuk seseorang banduan lari dari situ (yea la, pulau kan, kalau air surut pun air tak turun). Walaupun ada je kes 2 banduan lari, tapi tak tau diorang hidup ke atau mati di lautan tu. Banduan yang ditempatkan kat Alcatraz nie pulak banduan yang terkenal macam Al Capone (terkenal la, sampai ada filem buat untuk dia kot)
Muka tahan sejuk dengan bengang henpon bateri mati je.
Golden Gate Bridge dari dekat.
Gambar di San francisco tak banyak gambar sangat, sebab henpon aku dah abis bateri. Tak sempat nak charge. Aku nak sangat ke Castro district, satu bahagian dalam San Francisco nie (for those who watch film "Milk", di sini la tempat Harvey Milk berkempen nak jadik kanselor tu. Tapi takpe la, aku redho tak pegi sebab nak mencari tempat tu satu hal lagi. Kami nak cari best view point untuk Golden Gate Bridge pun dah tersesat - sesat. So mana yang ada je la. Sampai San Francisco nie pun aku dah happy gila.
Rumah - rumah di San Francisco.
Gereja atas bukit.
Comel

Sebelum pergi best view spot kat Golden Gate Bridge tu, kami pusing la dalam San Francisco area pusat, sebab nak beli breakfast kat Carl's Junior.

Masa turun daripada kereta, bau persekitaran hancing, nampak la jugak beberapa lori cuci jalan sekitar bandar San Francisco nie. Gelandangan memang ramai, aku terfikir semalam tidur dalam motel pun sejuk lagi walaupun pasang heater, macam mana la diorang yang tidur kat jalanan nie, lagi la sejuk yang teramat.

Bagus la trip nie, aku nampak perkara baik dan buruk. Boleh la kita cermin diri. Kami gerak awal meninggalkan San Francisco, menuju Yosemite National Park. Ingat ya, kami merentas America, tapi hari ketiga masih di California, aku yang takut tak sempat sampai New York on time.

Haha, tapi aku percaya pada kawan-kawan aku, diorang memang biasa travel naik kereta, jauh-jauh nie. Ada la beberapa gambar sekitar San Francisco yang aku sempat snap sementara bateri ada. Lepas tu mati balik, haha.

Comments

Popular Posts