Grand Canyon + Antelope Canyon (Hari keenam)

Malam semalam, dalam pukul 1.00 am kami sampai dekat satu pekan kecik nie, rehat dan tidur semalam. Selepas seharian bergerak daripada Death Valley dan Las Vegas. Hari ini kita dah masuk State of Arizona, 3 negeri dah lalu. (California, Nevada and now Arizona)


Pekan yang kami singgah nie adalah Pekan Seligman, semalam sampai tak nampak apa dah. (Baca balik pos aku sebelum nie pasal jalan di US pada waktu malam). Pagi nie barulah kami menjelajah sekejap mencari kopi (aku carik air coklat panas) dalam Pekan kecik Seligman nie.

Bila sampai pekan, barulah kami tahu, kami di tempat yang ada nya Route 66 (Tengok post aku di Santa Monica).

Route 66 nie adalah highway pertama dalam Sistem Highway US. Jalan nie bermula daripada Chicago dan melintasi 7 negeri dan berakhir di Santa Monica di Los Angeles, California. Highway nie sepanjang (3,940 km) dan telah siap di bina pada tahun 1926.

Nama lain Route 66 nie Will Rogers Highway, The Main Street of America dan Mother Road sebab antara sumbangan jalan nie dalam membantu membangunkan kawasan yang dilalui.

Tapi lama-lama, highway nie dah di potong-potong dengan pembinaan highway yang lain (Interstate Highway System). Pada tahun 1985, Route 66 dah dikeluarkan daripada senarai Sistem Highway US dan fungsinya telah diganti dengan jalan dalam Interstate Highway System. Tapi, Route 66 yang melalui negeri-negeri Illinois, Missouri, New Mexico dan Arizona telah dinamakan semula dengan Historic Route 66 dan nama dia ada la balik dalam peta-peta (al-maklum, bila dah lama sangat usia dia, dan banyak highway baru take over, maka yang lama nie dikeluarkan daripada peta).

Itu la sedikit kisahnya pasal Route 66.


Pekan kecik Seligman

Dalam kawasan Grand Canyon National Park


Salji dah turun, so kami dalam kawasan salji turun sampai la tamat perjalanan kami nanti, puas lari daripada tempat salji turun sejak dari California lagi. Aku pun syok la tengok putih - putih nie, itu belum rasa lagi rasa azab kesejukan, hahaha.


Alhamdulillah, sampai dah Grand Canyon National Park. Tempat aku amik gambar tu kat atas pelantar besar tepi Grand Canyon nie, ramai gila orang.


Belah kiri tu pun ramai jugak orang, semua nak amik gambar pemandangan Grand Canyon.


Nie la pertama kali aku sampai Grand Canyon dan pertama kali jugak rasa kesejukan salji, dan kali pertama jugak tengok Grand Canyon ada salji. Sebab selalunya aku tengok Grand Canyon nie panas terik, berdebu. Banyak pulak first time nyer.


Sedikit pemandangan di di sini. Salji nampak je sikit tu, tapi sejuknya, tak terkata. Gigil aku (over, haha) Ok la, kami kena bergegas ke tempat lain pulak, sebab tempat satu lagi nie bukan suka suka boleh masuk macam national park yang lain. Dia kena bayar dan siap ada waktu kita kena follow tour group. Maka bergegas la kami ke sana.

Sampai

Ok, tempat yang kami nak pegi nie, yang aku kata ada tour guide bagai tu, terletak di Page, Arizona. Tapi kalau dah sampai, tempat nie jauh sikit la daripada pekan Page tu, kami ingat sebelah je.

Okey, Antelope Canyon nie terletak dalam Navajo Nation, so ada bayaran masuk tambahan dan kami tak boleh guna annual pass nak masuk National Park kat US (Lupa cerita, nak masuk National Park kena bayar, satu kereta USD30 sekali masuk, tapi sebab kami nak masuk banyak taman negara kat US nie, so kami amik annual pass for USD 80 (bahagi tiga orang la)). So nak faham kan beza jenis canyon yang diorang ada kat Navajo Nation nie, boleh baca la gambar kat atas tu.


So kami pilih Lower Antelope Canyon untuk dilawati dengan menggunakan khidmat Ken's Tours, tiket nak masuk USD 50.40 per person, 13 tahun ke atas. Campur duit masuk Navajo Nation tak ingat berapa, haha.

Mula - mula aku la orang yang tak berapa setuju nak pegi tempat nie. Tapi lepas masuk tempat nie, aku terkedu dan bersyukur sangat masuk tempat nie. Memang tak ada kat tempat lain. Cantik sangat. Kalau korang ingat, ada gambar screen saver windows gambar daripada Lower Antelope Canyon nie.


Macam tak ada apa-apa kan? Almaklum, gurun.


Nampak macam ada batu terbelah tu? kita nak masuk dalam tu.


Kita kena turun tangga sikit, dalam jugak la sebenarnya. Untuk orang Claustrophobic (takut berada kat tempat sempit, dinasihatkan takyah masuk. Sebab surrounding bawah tu memang sempit, tapi tak la sempit sangat sampai kena merangkak, boleh lagi jalan)

Lower Antelope Canyon nie terbentuk daripada aliran air yang melalui cerun cerun bukit nie, lama-lama air tu menghakis dinding batu kiri dan kanan tu, lalu membentuk la bentuk yang amat unik dan menarik nie. So bahaya gak la tempat nie.

Tahun 1997, ada 11 orang pelancong meninggal dunia sebab banjir kilat. Last banjir kilat jadik kat Lower Antelope nie tahun 2010. Kat situ pun ada tulis pasal "bahaya banjir kilat". Korang boleh tengok kat youtube tempat nie time banjir kilat, horror kot.

Baik, berbalik kepada kecantikan tempat nie, kalau nak tengok cantik ke tak tempat nie, pegi dalam pukul 10am sampai la pukul 1.00pm, cahaya matahari masuk terus ke dasar canyon nie, Huhh, cantik. Tapi tak bermaksud korang pegi waktu selain daripada yang dinyatakan, pemandangannya tak cantik. Masih lagi menarik sebenarnya, pantulan cahaya matahari kat dinding canyon tu yang menghasilkan warna tanah yang menarik dan mendamaikan.

Baju pulak jangan pakai warna - warna tanah, alamatnya tenggelam la kau dengan background tempat nie. Pakai la putih ke, kalau pakai warna tak alami (tak natural), tak kena jugak kan. Aku nie dah pakai baju putih dah. Tapi sebab sejuk punya pasal, tak cabut la sweater aku tu.


Walaupun tour ini berbayar, tapi ramai jugak orang dalam Lower Canyon tu. Enjoy the pictures, tak amik kat internet yea, kita snap satu-satu kat sana.


Kawan aku tengah gigih posing.


Gambar atas nie adalah batu yang diorang namakan "Lady of the Wind". Kelass.


Ok, dah abis dah, kena naik balik la yea. Panjat balik tangga.


Bila dah keluar daripada Lower Antelope Canyon tu, kat lantai tempat orang berdiri tu, ada bekas tapak kaki dinasor kata travel guide yang bawak kami.


Sebelah tempat nie ada stesen janakuasa (Salt River Project - Navajo Generating Station). Lepas nie kita pegi Horseshoe Bend pulak yea. Dekat jugak dengan tempat nie.


(Orang berjalan nak ke Horsehoe Bend, lepas turun bukit yang aku kata kena daki dari parking lot tu)

Kami ke Horseshoe Bend pulak, dekat je, dalam 5 minit daripada kawasan Lower Antelope Canyon, dah sampai. Tempat nie kena bayar duit parking je, entrance free. Lepas tu kena jalan sikit naik bukit, baru la sampai ke Horseshoe Bend tu.

Antara yang aku perasan, orang Amerika nie kalau buat parking dekat National Park diorang, jauh jugak la daripada point tempat yang kita nak lawati tu. Bagusnya sebab:

1. Tempat yang kita nak lawati tu hanya akan dilawati oleh orang yang betul-betul berminat (tempat tu lebih dihargai).
2. Satu lagi tempat tu kekal cantik, tak akan rosak dengan pembangunan walaupun pembangunan itu hanyalah jalan atau parking kenderaan je.

Korang nampak orang gigih nak amik gambar, nak jugak duduk tepi tepi tu, kalau jatuh la tu, haaihhhh. Sampai sekarang bila tengok gambar nie, aku yang gayat tau.
Paling tepi aku berani duduk untuk amik gambar.
Paling tepi yang aku berani berdiri untuk amik gambar



Horseshoe Bend





Comments

Popular Posts