Hari Kesepuluh (Chicago dan Nasi beriani Murah)


Morning semua, hari ini kita bergerak daripada Davenport, Iowa ke Chicago, Illinois, aku pun syok la. Bila masuk kawasan bandar, kawan - kawan aku yang tak suka. Tapi aku suka. Aku suka jalan - jalan je la. Kalau drive, aku sanggup lagi drive di luar bandar atau highway daripada drive dalam kawasan bandar kat US nie. Bersimpang siur jalan nyer. Nak masuk simpang ke kiri, ada 3 simpang kat kiri. terlepas pulak, perkara ini hanya akan terjadi kalau aku drive atau aku jadik penunjuk arah. Maafkan saya kawan - kawan, I am not a good navigator. hahaha

Baik, kami singgah Target di Davenport terlebih dahulu, besau Target kat sini, konon nak belilah pakaian yang in skit sebab nak masuk kawasan bandar besar dah. Tapi pusing punya pusing, tak ada la in sangat baju diorang pun. Gitu, sendiri yang pegi kedai nie. So masing - masing tak beli apa - apa. Tapi aku suka masuk kedai diorang, baru feeling local people.

Hari ini memang mendung daripada Davenport, rupanya sampai Chicago mendung, huhuhu, sangat tak best.

Davenport > Chicago dalam 3 jam drive.

Chicago dalam hujan

Aku punya syok la sampai Chicago nie, sekali hujan, aduhhh, tak ada mood langsung nak amik gambar, nak jalan - jalan. Memang rosak mood kalau cuaca tak best. Nak amik gambar apa kalau mendung macam nie, nak jalan - jalan pegi kat Millenium Arch macam mana kalau hujan macam nie. Bitter dowh. 


 Tapi sebab nak jugak kenangan di Chicago, aku snap jugak la beberapa gambar.


 Bila dah masuk bandar besar, jem la balik. Kalau lalu area kampung, tenang je tak ada kereta banyak - banyak.


Antara rumah di Chicago, comel ada, moden ada, Kondo ada.


 Gereja


Macam biasa, dan hujan - hujan nie, mula la lapar. Bila masuk bandar besar nie, kami akan carik kedai makanan halal, so jumpa la kedai Ghareeb Nawaz nie.


Aku order Spicy Chicken Beriani, aku suka, sedap sebab terasa kepedasan ayamnya. Nasik punya la banyak diorang bagi, ayam pun bertabur dalam nasik tu. Harga USD 6 je wei, nangis, murah. 


Budak gemuk dapat nasik, seronok! hahahaha. Kalau korang tengok meja lain, customer akan order satu je beriani nie dan share berdua. Kami order sorang satu, tak mau share - share katanya, hahahaha. Kami sembang lama jugak dalam kedai nie, sebab nak jalan - jalan pun, kat luar tengah hujan. So lepak je la dalam kedai nie.


Akibat tak mau share, masing - masing tak abis, boleh makan separuh je. Kitorang bungkus, boleh buat makan malam pulak, sebab tak tau town mana pulak kitorang akan tidur malam nie.


Kawan aku pun google la tempat yang boleh shopping, keluar la nama Northridge Shopping Center. Kami drive la ke situ, berpusing - pusing juga la. Sampai je, tempat nyer macam shop lot je, bukan mall. Check balik, memang kami salah la, Kalau Mall tu kena taip Chicago Ridge Mall. Kalau Shopping Center nie macam kedai shop lot je la kot. Hahahahaha. Kami masuk jugak la kedai tu, ala - ala Tesco kecik gitu. Redho silap tempat.

Dalam perjalanan kami bincang nak tido mana, kalau ikut target hari nie, kena sampai Buffalo, New York. Tapi masa memandu dekat 8 jam juga baru sampai. So kami decide, malam nie tidur kat South Bend, Indiana.

South Bend ini sebuah bandar yang jadi famous lepas Datuk Bandarnya Pete Buttigieg menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan calon presiden untuk Parti Demokrat US tahun 2020. Pete Buttigieg nie pun famous sebab dia antara Datuk Bandar yang paling muda pernah menang pilihan raya Datuk Bandar untuk bandar yang mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang. Dia jadik Datuk Bandar South Bend daripada tahun 2012 sampai la tahun 2020.

Berdekatan dengan motel kami, ada Universiti of Notre Dame, aku ingat dekat Peranchis je ada Notre Dame. Cantik jugak bandar nie, bersih, kemas walapun kami sampai tu waktu malam. Anyways, aku sampai pun kat tempat yang ada kaitan dengan politik US.

Perjalanan hari ini :  502 km selama 7 jam 56 minit

Davenport, Iowa > Chicago, Illinois > South Bend, Indiana.

Comments

Popular Posts