Merentas Amerika (Hari ketiga dan hari keempat - Yosemite National Park)
Kincir angin kat tepi highway, kami berenti, haha |
Alhamdulillah kami sampai di Yosemite National Park, famous tempat nie sebab ramai pecinta alam American akan pergi ke sini. Dalam drama series Amerika pun banyak mention tempat nie (nampak tak rujukan aku mesti filem Hollywood atau drama Hollywood, kalau tak ada, tak famous la bagi aku, hahaha) Tempat atas tu nama dia El Capitan, puncak bukit batu tu cantik bila kena sinaran mata hari petang, warna dia orange - orang macam tu, kalau kena sinaran matahari pagi, warna dia putih - putih gitu.
Air terjun kecik tu pulak namanya Bridalveil Fall |
Turun tengok sungai kat amerika, almaklum orang Malaysia, pantang jumpa sungai. |
Kami turun ke tepi sungai kat situ. jauh sikit dari El Capitan dengan Bridalveil Fall. Kalau tak sebab sejuk, aku rendam je kaki dalam sungai tu. haha. Ok, tak lama lepas tu, hari pun malam, kami pun pergi la carik motel terdekat nak check in.
Yang bagusnya kat US nie, ada Visitor Center untuk setiap tempat perlancongan alam diorang nie. Bila masuk Visitor Center, tempat itu ada segala maklumat mengenai tempat yang kita lawati. Walaupun jauh pendalaman, tapi masih akan ada staf layan kita, terangkan beberapa perkara jika ditanya. Renjer la kebanyakannya dalam Visitor Center tu.
Esok pagi kami jalan dekat sikit ke Bridalveil Fall, gigih amik gambar, sejuk sangat masa nie sebab awal pagi, cahaya matahari pun tak sampai tanah lagi. Mengigil - gigil aku tahan sejuk.
Cubaan buat klip video, tapi gelap, kite amik gambar je. |
Amik gambar berlatarbelakangkan El Capitan lagi waktu pagi pulak. Lepas tu kami nak ke Mirror Lake, tengok gambar memang cantik. Kami pun drive ke tempat tu (sebab jarak dia antara satu tempat dengan tempat yang lain jauh jugak, kene naik kereta. Kalau nak menapak, agak jauh yea.
Amik gambar sebelum berjalan ke Mirror Lake |
Selama 3 hari tak berpeluh, hari keempat nie baru mula nak berpeluh dah, mana taknya, berjalan dekat 1.5 km, jalan laju pulak tu. Tapi berpeluh tempat sejuk nie macam kelakar, peluh tu nak menyejukkan badan, tapi keliling pun dah sedia sejuk. Bila peluh keluar sikit, rasa geli - geli, macam kena spray dengan air sejuk kat badan kita. haha
Mirror Lake |
Tadaaaa, sampai sampai, Mirror Lake nyer kering, tak tau nak nangis ke nak gelak ke. Tapi takpe la, janji sampai jugak kita ke sini. Amik la gambar sikit - sikit.
Tak puas hati punya pasal, bukak google map, punya nak pastikan kedudukan Mirror Lake nie kat mana, memang situ la tasik nya, so memang confirm la kering. Patah la balik ke parking kereta dengan penuh kekecewaan. hahaha.
Comments