Merentas Amerika 2019 (22 Nov - 8 Dec - Los Angeles)

Salam, lama dah tak menulis di sini. So hari nie nak cerita pengalaman aku ke Amerika Syarikat or United States of America tahun lepas. Pernah la suatu ketika dulu jauh di sudut hati, ada berangan nak merentas negara Amerika tu.
Cuma aku lupakan sebab rasa tak tercapai kot, sebabnya:

1. Mau kurang-kurang RM15,000 belanja nyer.  Duit kita nak tukar ke USD  pun mahal dah.
2. Jauh pulak tu dari kiri ke kanan (California ke New York) atau kanan ke kiri (New York ke California).  Jaraknya 4,489 km yea. KL ke bukit kayu hitam pun baru 300 lebih km
3. Dengan siapa nak pergi trip tu? Aku nie dah la kerap buat trip sorang - sorang. Anyway, nak dijadikan cerita, sorang kawan aku pun plan la trip Merentas Amerika nie.
(Gambar di atas: Perjalanan kami daripada hari pertama sampai la hari ke 17, mula dari kiri ke kanan). Google email kat aku, sebab kita duk check in kat tempat-tempat tu.

Alhamdulillah kawan aku Aie (Hazhari) plan untuk ke Amerika tahun lepas dan dengan sokongan kuat beliau trip nie aku yakin boleh follow. Sebelum nie dia plan ke Kanada, tapi aku tak dapat join. Tapi untuk trip kali ini, aku setuju join selepas diterangkan segala maklumat kos, so lepas bersetuju dengan tarikh, aku pun mula menyimpan duit.

By the way, belanja di sana, dalam RM6k je total (cuma aku terlebih la dalam RM8k sebab lupa diri beli souviner, merasa makanan sana). Tapi untuk post nie, aku cerita perjalanan aku di Amerika je. Cerita sebelum (proses permohonan visa), kita buat dalam post yang lain yea.

Makanya, perjalanan kami bermula pada 22 November 2019 (Jumaat), naik China Eastern Airlines.

Aku kerja lagi hari Khamis tu , halfday, lepas tu baru bergegas balik ke KL, parking kereta di rumah, mintak parents aku hantarkan ke KLIA.

Route kami
KL > Shanghai > Los Angeles

Flight dari kLIa pukul 12.30am 22 November 2019.
Transit di Pudong Shanghai.
Lepas 10 jam dari Shang Hai ke LA
Los Angeles dari kejauhan

Mendarat di Los Angeles (LAX) pagi, 22 November 2019 (Jumaat) sebab diorang baru nak masuk hari Jumaat, so kami dapat free 1 hari sebab masih 22 November, Yeayy, lepas tu kami pergi ke Triffty untuk ambil kereta sewa.

Kami pergi ke tempat kereta sewa itu naik bas shuttle (free untuk bakal penyewa kereta Triffty, Hertz dan sebagainya. Sampai situ, mereka minta maklumat kredit kad, maklumat pemandu (bawak lesen memandu Malaysia je, kalau lebih 3 bulan kat sana, baru la kena buat Lesen Antarabangsa) dan passport Malaysia. Kebetulan petugas Triffty tu pun orang Islam Amerika Syarikat. Dia cerita la keadaan di Amerika macam mana, senang tak nak carik makanan halal bagai. Dia pun cerita yang dia pun akan pergi bercuti dengan kawan-kawan dia macam kami, memandu ke mana mana destinasi pilihan. Dia pernah bercuti di Thailand, dan memandu dari Bangkok sampai la ke Chiang Mai.
Kereta sewa kami, RAV4
Kereta yang kami dapat, RAV4. 2. Selepas selesai urusan, kami pergi pilih kereta. Kereta yang kami tempah tiada (Jeep), jadi kami diberi pilihan untuk memilih kereta yang sama kelas dengan Jeep (medium size car katanya). Jadi kami ambil RAV 4, Toyota (macam CRV).

Mula mula kereta RAV4 nie tak ada, tapi berkat kami menunggu, dapat la kereta nie. Selesai check condition kereta, kami pun mulakan la trip kami dengan ke Walmart dulu. Beli makanan mudah makan seperti roti, kerepek Nacos, kuah salsa dalam botol, air kosong dan pelbagai lagi. Aku seronok tengok barang dalam Walmart,
Walmart
Maafkan ku wahai duit, aku kalah dengan makanan, huhu.
Walnut Pie
2 pie kecil dengan harga $1, aku beli empat dengan pelbagai inti (strawberry, blueberry, walnut dan apple)

Kami pun bergerak dari Wallmart dan makan di tepi burger King, sambil merancang nak bergerak ke mana lepas makan. Tempat pertama kami decide nak pegi ialah The Hollywood Sign. (Ala, perkataan Hollywood yang besau tu)
Hollywood Sign dari kejauhan
Tempat "The Hollywood Sign" yang besar tu. Terletak atas bukit, sebelum nak sampai tu, lalu la kawasan rumah kiri kanan jalan bukit tu (Macam rumah - rumah kat bukit tunku la, cuma tak banyak pokok rimbun).

Sampai kat situ, mula la kami beraksi ambil gambar, macam - macam gaya. Kawasan ambil gambar tu boleh parking tepi jalan, just jangan parking halang jalan je, ada parking patrol di situ, nanti dia suruh alih. Lepas ambil gambar sakan, kami turun bawah, kawan-kawan aku beli kopi, aku je beli Slushes atau Slurrpee kat Malaysia. Konon nak rasa lain ke. Rasa sama je.
Coach Sue in Glee
All time favourite
Lepas tu kami ke Hollywood Walk of Fame. Tempat yang ada banyak bintang atas jalan tu, mula - mula senang je nak sampai, tambah pulak tempat tu tepi jalan, tapi bila sampai tu, susah pulak nak carik parking, memula nak buat tak kesah je tapi fikir balik, tak pasal kena saman, so gigih la mencari tempat parking. Tempat nak dituju jumpa dah, cuma pusing banyak kali cari tempat parking tak jumpa-jumpa, so kami decide carik hostel kami menginap dulu, dah tempah siap, The Steady namanya.
Taken from google image
Ok la, 1 katil single, 1 katil double decker. Kami balik tukar baju, mandi (dekat 2 hari tak mandi kot, haha, nasib baik tak berpeluh), terus keluar balik ke Hollywood Walk of Fame. Syukur sampai, ada parking, kami bayar parking (kena guna kad kredit) then kami mula jalan.
Chinese Theater
Church of Scientology

Jauh jugak la baru sampai ke Chinese Theater, dalam perjalanan tu kami lalu bangunan Church of Scientology, ada petugas di situ panggil nak sembang, percambahan idea la dengan Scientology deme dengan kami. Bukan bodoh nak bercakap, tapi aku bercuti untuk menenangkan fikiran, tak sedia untuk bertukar idea tengah- tengah malam yang kami pun tak tidur lagi dekat 2 hari dah ya, kami lari, hehe. Anyways, aku la puas ambil gambar stars of fame artis - artis kegemaran aku.


Singgah makan jap kat kedai Indian Food. Yummy, tak cukup dengan nasi saja, amik sekali set roti nan dengan ayam tandori. (Meja sebelah kami "Joker" dengan "Harley Quinn" tengah makan sekali. Diorang artis jalanan yang pakai baju macam watak dalam satu movie, dan akan amik gambar dengan siapa - siapa yang berminat. Aku tak amik la, kang kena bayar, baik aku buat beli makanan, hehe)


Abis dah, alhamdulillah, Lepas makan, kami jalan patah balik ke parking kereta.

Lalu balik, tapi seberang jalan, takut kena tarik lagi.
Suka tengok bas skolah diorang.
Aku selamba tak pakai sweater, nak rasa sejuk mana kat LA nie, haha.
Masuk je kereta, kawan aku bawak pusing area Beverly Hills, masa tu mata aku tak tahan dah, aku pun terlelap kat seat belakang. Sedar sedar sampai hostel dah. Naik atas, tido dengan nyenyaknya atas tilam wei, 2 hari duk tidur atas kerusi je. haha

Comments

Popular Posts