Merentas Amerika (Niagara Fall, Buffalo, New York) Hari ke - 12

Selamat pagi semua, hari ini kita berada di Niagara Falls, Buffalo, New York. Seperti post sebelum ini, kami sampai di Buffalo semalam. Kami sampai awal dan kami buat la beberapa aktiviti macam tengok wayang, pusing - pusing pekan Niagara Falls dan sunyi sepi tak ada orang, rupanya tengah darurat. (Aku pun tak ingat kami tau tak masa tu tengah darurat, mungkin tak tau la kot,  tu yang masing - masing tertanya - tanya, mana pegi semua orang? Hahahaha)

Baru boleh bergambar di pintu masuk Visitor Center Niagara Falls.
Kami bergerak ke Niagara Falls awal sebab nak tengok pemandangan pada waktu pagi pulak di situ. So pagi tu sama jugak, tak ada orang, tapi Visitor Center dia bukak la, kami jalan jalan sekitar taman tepi Niagara Falls nie.

Niagara Falls nie terletak dekat sempadan antara US dan Canada yang mana pekan di kiri dan kanan air terjun nie mempunyai nama yang sama iaitu Niagara Falls, New York dan Niagara Falls, Ontario (Kanada). Terbentuk daripada aliran sungai Niagara, yang membentuk 3 air terjun. Horseshoe Falls (lain yea dengan Horsehoe Bend) atau juga dikenali sebagai Canadian Falls yang terletak di negara Kanada. Manakala dua lagi air terjun yang terletak di negara US iaitu American Falls dan Bridal Veil Falls.

Time aku pergi Niagara Falls nie, ramai yang tanya, sejuk - sejuk tu tak beku ke sungai atau air terjun tu. Ikut sejarah, Niagara Falls pernah sejuk beku sepenuhnya pada tahun 1848. Pada tahun 1911 - 1912 American Falls pulak pernah beku, tapi lagi 2 tak beku (Horsehoe Falls dan Bridal Veil Falls).

Air terjun nie mengalirkan air sungai Niagara, tapi bukan ke laut. Aliran mula dari Tasik Erie ke Tasik Ontario. Tasik Erie tu antara 5 tasik besar di US, antaranya :

1. Lake Michigan (sebelah je Chicago tu, kalau korang tengok kat gambar yang macam laut tu, tapi tasik je okey. Besar yang amat. Aku tak cerita sangat sebab tak ada gambar kat tasik tu, sebab cuaca mendung, so aku tak mau amik gambar.)
2. Lake Superior (Tasik yang paling besar antara 5 great lakes in north US)
3. Lake Huron
4. Lake Ontario 
5. Lake Erie  
  
Itu la sedikit sebanyak mengenai Niagara Falls, tak pasal belajar geografi US sikit.

Niagara Falls waktu siang pulak, hat ni pemandangan daripada Niagara Observation Deck (platform untuk amik gambar daripada depan waterfall nie)
Sedikit demi sedikit, pengunjung mula ramai di sini. Tapi semua mereka adalah orang Asia. Pelancong Thailand, sekumpulan pelancong Filipina baru sampai, pelancong dari India, Jepun pun ada. Mungkin orang Amerika akan datang waktu summer ke, bila ke.


Bunyi deruan air membuatkan aku ralit dan terlupa yang kami dah lama duduk melanggut tengok air terjun nie. Memang menenangkan. Cuma bila dah lama, kesejukan mencengkam dan membuatkan aku tersedar daripada lamunan mimpi pagi di tepi Niagara Falls.

Nampak ada pelangi pagi, cantiknya.
Kami jalan ke Niagara Falls Observation Deck, tempat nie adalah platform yang dibina kerajaan US untuk membolehkan pelancong melihat air terjun nie daripada hadapan. Pemandangan hadapan Niagara Falls (American Falls dan Bridal Veil Falls) nie boleh dilihat daripada Kanada. Kalau di US nie, pemandangan dari tepi je la nampak. Malam tadi tutup kawasan Observation Deck nie, so tak leh la naik.



Nak buat selfie nie berkali - kali, sebab sejuk melampau, tangan gigil, gambar goyang. Second time tak jadik jugak sebab dekat sangat dengan kamera. Keliling dah memang sejuk, tambah pulak kita berdiri dekat dengan air terjun nie, kena la angin dia. Huhhh, tak terkata sejuk nya. Tak terkata.

Pemandangan Niagara Falls daripada Obsevation Deck.
Kami tak naik bot yang akan bergerak dekat dengan air terjun nie, mungkin sebab tutup masa tu. Yea la, pekan pun tak ada orang kan. Boat tu nama dia Maid of the Mist.

Muka tahan sejuk, hehe

Pagi ini kami breakfast simple - simple je dalam kereta, lepas tu baru kami ke kedai makan yang kami makan malam semalam for our lunch. Kedai makan orang Pakistan. Siang nie aku order makanan murah sikit, tak la mahal macam semalam.

Selepas makan, kami pun bergerak la ke destinasi seterusnya. Washington D.C. SUKAAAAAA (thats what i felt)

Lepas memandu dekat 4 jam 30 minit. Kami berenti makan jap di McDonald Philipsburg, Pennsylvania. Lepas tu kami drive balik dalam 3 jam lagi. Kami berenti di sebuah pekan bernama Frederick di Maryland. Sampai dalam pukul 9.20 malam. Kami tidur di luar Washington sebab nak dapat motel harga murah.  

Perjalanan hari ini : 553 km (8 jam)

Niagara Falls, New York > Philipsburg, Pennsylvania > Frederick, Maryland.

 Kami berehat, esok sambung ke Washington D.C pulek.

Comments

Popular Posts