Page, Arizona to Boulder, Colorado (Hari Ketujuh)
Sepanjang hari gloomy |
Kat kawasan nie banyak batu seketul - seketul macam nie |
1. Satu sebab tak la sejuk sangat.
2. Apa - apa aktiviti yang nak dirancang boleh dilakukan dengan happy nyer sebab cuaca cerah. Macam kes aku nie, nak amik gambar tak cantik la, terus tak ada mood aku nak amik gambar, tambah pulak bateri henpon aku pun abis je sebab sepanjang jalan asyik snap gambar.
Taken from Taewangkorea, Wikipedia |
Monument Valley nie ada 3 batu yang famous, berdasarkan gambar, dari kiri nama dia (West Mitten Butte, East Mitten Butte dan Merrick Butte)
Tempat ini adalah tempat suci orang - orang Navajo (ikut penjelasan di Visitor Center la).
Kami sampai hari Thanksgiving, so bangunan Visitor Center tutup, yang bukak kedai gift shop run by locals. Parking lot pun free la hari tu, kalau tak kena bayar.
Lepas tu kami bergerak semula, trip hari ini adalah yang paling jauh, 10 jam memandu dari Page ke Boulder nie. Sepanjang perjalanan kami nyanyi, bersembang, berenti makan, rehat, lepas tu bergerak balik on road. So tak ada apa sangat la dalam hari ini, dalam kereta je. Kami sampai di Boulder malam. Salji kat Boulder lagi tebal daripada kat Page.
Kalau biasa tengok gambar di Monument Valley, mesti penah tengok gambar yang jalannya jauh tak berkesudahan. Ini la jalannya. |
Antara pemandangan di area Colorado Plateau nie |
Nampak ada batu seketul atas bukit kecik tu? Menarikkan |
Kami berenti kejap beli makanan tengah hari, pekan kami berenti tu dah turun salji lebat dah |
So perjalanan hari ini : 13 jam 28 minit (933 km)
Page (Arizona) > Monument Valley (Arizona) > Walmart Supercenter (Colorado) > Boulder (Colorado)
Comments