Merentas Amerika hari kelapan (Boulder + Rocky Mountain)

Hari ini kita dari Boulder, Colorado. Lepas 13 - 14 jam on road (jarak je dah 10 jam, campur berenti rehat bagai semua, adalah 13 - 14 jam jadiknyer).

Pandangan daripada tingkap bilik motel kami.

Comel je aku tengok bangunan depan nie, macam candy house.

Pintu masuk bilik motel kami, nasib tak tertimbus dengan salji.

Berangan breakfast depan tingkap sambil tengok salji, haha.
Bergambar dengan bendera Amerika, amik mood untuk ke Capitol Hill.

Untuk hari ini, plan kami nak ke Rocky Mountain Scenic Road, Rocky Mountain National Park dan lepas tu akan terus ke destinasi untuk hari ini ialah Omaha, Nebraska.



Selamat Datang ke Rocky Mountain National Park.
Okey, sedikit maklumat pasal Rocky Mountain nie, dia adalah banjaran gunung yang bermula di Canada dan berakhir di Amerika Syarikat. Jauh nyer. Rocky Mountain National Park telah ditubuhkan pada tahun 1915.

Taman Negara nie ada 5 Visitor Center, kami pegi Beaver Meadows Visitor Center. Macam biasa, di situ kami pergi untuk dapatkan sedikit maklumat mengenai tempat nie. Tengok sejarah sikit, sambil nak guna internet dan tandas diorang. Sudah tentu yang paling penting, ada heater dalam pejabat tu. Hehe.


Salji baru turun katanya, tebal bertimbun. Tapi tak sejuk sangat nak bandingkan hari pertama salji turun, haiyoo, nangis aku tahan sejuk. Kami bergerak la ke Bear Lake. Cantik katanya pemandangan kat situ.

Peta Bear Lake, yang nie dekat je, tak jauh macam mirror lake dekat Yosemite tu, jenuh berjalan.
Aku duduk sebab first time jalan dalam salji, abis lenguh-lenguh tapak kaki aku. hehe,  cover la duduk.

Taaadaaaa, Bear Lake, tak kering, tapi beku. Aku takut nak berdiri atas tasik tu, tak pasal pecah ais nyer. Padahal orang lain relaks je.

Amik jugak atas Bear Lake, kena paksa dengan kawan aku, haha.




Ramai je atas Bear Lake tu. Ais atas permukaan tu dah tebal, takda la terbelah macam aku cakap tu. Aku yang over takut.

Penerangan pasal Rocky Mountain waktu winter. Baca la sikit untuk tahu aktiviti yang sesuai dilakukan.

Orang punya ramai la kat Rocky Mountain nie pepagi tu. Time kami keluar tu, berderet kereta nak masuk kat pintu masuk, kan kena tunjuk kad bagai kan.

Kami gerak ke taman lain pulak, sebab tak ramai macam Bear Lake tadi.
Dah puas bergambar, ronda - ronda dalam Taman negara tu, kami keluar gi makan.


Kami lunch kat Himalayan Curry & Kebob, Indian Food


Kami ronda- ronda di Estes Park, jumpa tempat nie Estes Valley Recreation & Park, ada binatang dalam Frozen tu, Elk.
Lepas makan, kami lepak kat parking lot tepi Starbuck, plan route seterusnya. Masa nak keluar daripada kawasan Estes Park nie kami terjumpa pulak Elk, ala binatang dalam cerita Frozen tu. Masuk nie dah 3 binatang liar kami jumpa di US nie. Mula - mula jumpa Zebra dalam kandang (tak ada gambar) di California, lepas tu jumpa Elephant Seal pulak, kat California jugak, hari nie jumpa binatang nie pulak. Alhamdulillah.

 Ok, dah keluar dah, nak ke Omaha pulak.


Tengah jalan, terjumpa lagi Elk tengah jalan, melintas katanya. Dah macam lembu kat Malaysia pulak dah.

Kat sini yang aku drive sikit waktu petang sampai ke magrib. Lalu jalan berkabus wei, kalau sikit - sikit takpa, nie sampai tahap tak nampak jalan. Sebab mengelak jalan highway punya pasal (kes tak mau bayar tol, mahal la kot), lalu jalan kampung. Lampu jalan pun takda, punya la gelap. Aku cakap dengan kawan aku, tukar pemandu boleh? Dia pun bawak la balik, sian dia. Sorry Aie.

Dalam pukul 7.00pm, kami berenti kejap di Sinclair, Fleming. Bincang punya bincang, kami putuskan tidur di North Platte je, tak sampai Omaha, tapi dah masuk Nebraska. Then on the road balik. Sampai la di North Platte dalam pukul 10.00 pm. Mandi rehat tidur.

Perjalanan hari ini : 10 jam 35 minit (543 km)

Boulder (Colorado) > Rocky Mountain > North Platte (Nebraska)

Comments

Popular Posts