Hari kedua (Santa Monica + Los Padres National Park)

Hye guys, untuk perjalanan hari ini kita akan ke San Francisco, dan kami akan guna laluan tepi pantai, so dalam perjalanan lalu Santa Monica dan akan masuk Los Padres National Park ikut jalan tepi laut sampai la ke San Francisco.
Aku feeling sambil dengar lagu All I Wanna Do by Sheryl Crow (sebab dia ada sebut Santa Monica Boulevard). Aku kalau travel, memang suka dengar lagu yang ada kaitan dengan tempat tu. Baru kita feel apa yang berlaku kat tempat tu. Pada aku la yea, mungkin bukan pada orang lain.

Santa Monica Pier dari jauh. Tempat banyak pengambaran dalam drama series dengan filem dibuat.

Kawan aku Aie yang plan trip merentas US nie.
Santa Monica beach
Di sini berakhirnya Route 66

Feeling la kejap amik angin pagi di Santa Monica Pier yang selalu muncul dalam filem atau drama series Hollywood.
Amik sisi, tahan nafas, haha
Perasaan aku kat sini tak terkata, masih lagi aku rasa macam mimpi datang US nie, alhamdulillah.

Lambaian di Santa Monica Pier
Amik feel berjalan di Santa Monica.
Teruskan perjalanan, laluan tepi pantai.
Elephant Seal tengah berbaringan di pantai.
Di tengah - tengah perjalanan, kami jumpa Elephant Seal Vista Point dekat San Simeon, California. Tempat nie free entrance. Kalau nak sumbangkan duit boleh je, untuk pembangunan research Elephant Seal. Siap ada renjer jaga tempat nie. Korang akan dapat banyak maklumat pasal Elephant Seal nie sama ada daripada renjer atau papan tanda yang ada. Sebelum sampai tempat nie, kami jumpa Zebra, tapi tak sempat nak berenti amik gambar. Lepas nie kami jalan lagi.
Di Los Padres National Forest, mengadap Lautan Pasifik
Gambar trademark aku di US. hehe
Matahari terbenam di ufuk Lautan Pasifik
Renungan di petang hari di pinggir tebing.
Ini la dia Los Padres National Forest, California. Cantik wei, mengadap Lautan Pasifik. Aku seronok sangat sebab pemandangan dia sangat cantik dan laluan dia betul-betul tepi bukit yang curam, kalau jatuh, terus masuk laut. Bila hari dah magrib, kami teruskan perjalanan ke San Francisco. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 10 malam (waktu kami pergi nie, pukul 4 petang dah gelap, so lama jugak la kami drive dalam gelap). Gambar San Fran malam - malam tak amik sebab henpon nie tak clear malam - malam. So tengok gambar siang je la yea. Night

Comments

Popular Posts