Hari Kesebelas (Niagara Falls + Frozen 2)

Morning guys, baiklah, perjalanan hari ini destinasi adalah Buffalo, Niagara Falls.
Macam biasa lepas breakfast kami keluar. Hari nie pun perjalanan banyak dalam kereta. Kami ada 7 jam lagi masa perjalanan untuk sampai ke Buffalo.

Kami gerak lambat sikit hari ini, selepas breakfast, siap tengok weather forecast lagi kt tv. Sebab belah New York masa nie dah tahap darurat yea, sebab salji tebal. Eksiden pun banyak jadik kat highway sebab jalan licin.

Waktu kawan aku bawak pun ada sekali macam jalan licin, dan dia boleh kawal kereta. Kalau tak mau berpusing kereta masa tu.

Cuaca pun mendung sepanjang jalan. Lepas 4 jam atas jalan, kami berenti rehat di North Ridgeville. Makan apa tak ingat. Lepas tu kami gerak semula. Akhirnya kami sampai dalam pukul 7.50, dan terus ke Niagara Falls, tengok waktu malam katanya.

Sejuk la yang amat kat situ, orang pun tak ada (kan New York darurat sebab salji turun banyak)









 Akhirnya sampai la kami di Niagara Falls, Buffalo, New York.



Tapi kat pekan dia tak ada orang okey, lenggang. Dua orang kat depan tu kawan aku. So ada 3 orang kami je la kat pekan tepi Niagara Falls tu. Kami parking jauh jugak daripada Niagara Falls sebab nak carik parking percuma.


Dah masuk taman yang nak ke Niagara Falls nie, boleh dengar dah bunyi air terjun, Besar kan sungai nyer pun. Dalam sejuk - sejuk nie, aku amik jugak gambar, sejuk wei malam nie. Patut la darurat. 


Niagara Falls
Tergamam kami sampai kat sini, masing - masing amik moment masing - masing. Feeling sensorang tepi air terjun nie ha. Makin dekat dengan air terjun nie, makin sejuk. Kalau berdiri kat taman tadi tak sesejuk tepi nie ha. Tak lama lepas tu, kami bertiga carik toilet. Sejuk sangat sampai nak terkucil masing - masing.


Kalau waktu malam, Niagara Falls nie ada lampu - lampu di pancar kat air terjun tu. Meriah la, rasa seronok sebab hanya kami bertiga saja tepi tu. Amik gambar bagai. 



 Tukar kaler hijau pulak. Aku pun feeling la dengan lagu Lover by Taylor Swift. By the way, sebelah sana, seberang air terjun nie Canada. Belah sana aku tengok macam tak darurat la, ramai je orang kt bandar sebelah tu.


Dah puas layan perasaan tepi air terjun tu, kami bergerak ke kereta balik. Jalan kat taman nie punya la licin, banyak black ice katanya. Langkah kecik - kecik, takut terjatuh.


Toilet kami pergi tadi.


Kalau aku duk sini, malam - malam mesti aku datang layan perasaan kat taman nie. Lepas tu kami naik kereta, pegi ke pekan Buffalo, makan kat kedai Pakistan. Aku over, order yang mahal, dekat USD 20 kot untuk aku je, gila. Lepas tu kami check in motel. Tengah rehat kawan aku ajak tengok wayang kat US, tengok cerita Frozen II. Aku setuju je, baru feeling local people. Hehe. Lagi satu baru feeling tengok Frozen, sebab kat sini pun kami duk frozen dah. Menyiwai watak la kami pun.



Tengok la wayang kat sini. Orang tak ramai dalam panggung. Panggung depa macam kita punya panggung dulu - dulu, dia ada bangunan sendiri. Tak ada macam kita sekarang kat Malaysia, semua dalam Mall (tapi tak tau la kat tempat lain yea, US nie besau, mungkin kat tempat lain ada je cinema dalam Mall). Beza wayang kat sini adalah iklan sebelum cerita nak mula, dekat 30 minit wei, aku nie sempat la melelapkan mata. Dan - dan aku bangun, mula cerita Frozen nie.

Mula - mula plan kami nak santai - santai tengok wayang bagai kat Omaha, sebab kat area tu tempat perlancongan tak ada sangat. Tapi sebab tukar kereta tu, kami pun tak sempat la nak leisure bagai.

Dekat kul 11.00 pm lebih jugak baru abis cerita Frozen tu. Lepas tu kami terus balik motel, tidur.

Perjalanan hari ini : 727 km 7 jam

South Bend, Indiana > North Ridgeville, Ohio > Buffalo, New York.

Comments

Popular Posts