Hari keempat belas (Newark & New York City)

 Hi korang, 

Akhirnya sampai pun ke entry yang terakhir perjalanan pengembaraan merentas negara Amerika Syarikat nie. 

Kami bertolak daripada Washington dah malam, dan sampai di Newark (sebelah je New York City, sampai malam jugak). Bilik kami sewa adalah di sebuah rumah landed. Rumah kaler hitam, comel je. Memandangkan kami sampai pun dah malam, jadi kami pun parking kereta dan angkat barang ke bilik. Mandi - mandi dan rehat.  

Keesokkan harinya kami bangun lambat sedikit sebab kami tak perlu nak memandu lagi ke mana -mana lagi, jadi tak perlu la kami nak bangun pagi, bersiap awal - awal keluar bilik bagai. Kami dah sampai destinasi terakhir kami iaitu New York City a..k.a The Big Apple (sila dengar lagu Alicia Keys “New York”)

Kami ada masa 3 hari untuk merayau di New York City nie, sengaja kami lebihkan masa di sini untuk berehat selepas lama memandu dari California dan negeri - negeri yang lain sampai la ke sini. 

Seperti biasa, kami discuss dulu apa kami nak buat pada hari itu sebelum keluar rumah.

Antara tempat yang kami plan nak pergi:

1. Rockefeller center 

2. Central Park

3. Empire State Building

4. World Trade Center (WTC)

5. The National September 11 Memorial & Museum

6. Statue of Liberty

7. Wall Street

8. Times Square

9. Brooklyn Bridge

10. Tangga Joker (Tengok cerita Joker, ada tangga tinggi tu)

Aktiviti hari pertama di NY adalah memulangkan kereta sewa kami di Lapangan Terbang John F. Kennedy. Aku ditugaskan untuk memandu di kawasan bandar. Aku drive sekejap saja kemudian aku mintak kawan aku tolong drivekan semula (aku nie gabra bila memandu di kawasan yang aku tak familiar. )

New York City pandangan dari dalam Feri ke Staten Island

Nak melintas jambatan ke Lapangan Terbang JFK

                                               

Kami pusing -pusing isi minyak dulu. Kemudian kami pun on la Waze untuk ke Airport JFK. Jalan di AS sebelum di New York memang dah berselirat kalau di bandar. Tapi di NYC lagi berselirat wei. Sampai la kami tersalah jalan, dan melalui kawasan Bronx (seronok jugak la dapat lalu sini sebab selalu tengok dalam filem atau series je.) Tapi lama yea nak keluar semula daripada Bronx tu. Ingat kecik macam Sentul je, sekali....besar jugak yea tempatnya. 

Sempat la kami berenti sekejap beli sarapan di kedai kebab. So kami beli, bungkus siap - siap. Kira kalau tak jumpa kedai yang berkenan pun takpa, sebab dah ada makanan.

Nak dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya keluar dari Bronx dan sampai la di lapangan terbang JFK. Selesai pulangkan kereta, kami pun ambil la train untuk ke Newark semula. Train pertama macam KLIA Transit (tapi train nie lalu hanya dalam kawasan terminal lapangan terbang sahaja. Jadi kami perlu turun di satu stesen ini untuk naik tren lain pula untuk teruskan perjalanan ke NYC. 

Tiada tren terus ke New York Penn Station (Penn Station ini ada train ke Newark). Jadi kami perlu ambil train dari JFK Terminal 4 dan sampai ke New York Penn Station via Jamaica. 


Central Park circa 2019

jujur cakap, walaupun aku dibesarkan di Kuala Lumpur, tapi aku sendiri tak tahan selama berada kat New York nie. Sebab besar dan padatnya tempat dia, tak terkata..., bangunan nyer, manusianya, kenderaannya. Tren subway dia pun berselirat, aku sampai sudah tak faham sistem subway diorang. Aku follow je kawan aku dua org nie, kalau diorang masuk stesen tu, aku masuk, kalau keluar, aku pun keluar. 

Grand Central Station - banyak filem hollywood amik scene kat sini. 

Hari pertama di NYC, sempat la kami pusing Empire State building, Central Park, Rockefeller Center, then kami balik, Penat berjalan sebab pagi tu lambat dah sebab sesat time nak hantar kereta ke JFK Airport.
 

Grand Central Station


New York Public Library - terjumpa, so kami masuk

World Trade Center (WTC) 

Wall Street

The iconic Times Square



Kat Central Park - Singgah kejap, tak pusing lama pun dalam nie, tapi puas hati sebab sampai jugak.

Hari kedua baru aku pergi ke Empire State building, Times Square, NY Public Library, NY Grand Central Station, Wall Street, NY Townhall museum, naik ferry pegi Staton Island (Free ride untuk tengok Statue of Liberty, kalau naik ferry terus ke pulau Statue of Liberty tu kena bayar) Then kami lepak sampai malam, kat Times Square sesambil tengok street performers. Bukan calang2 performance ya, not just singing, they also do group dancing, interact with audience. So best la.

Hari ketiga di NY, kami keluar rumah lambat lagi, and naik tren sampai ke WTC, lepak situ kejap, makan lunch, then aku mintak permission kawan aku untuk lepak kat airport awal, sebab penat wei, hahaha. Lagi satu sebab kami dah check ut, so luggage kami kena bawak kemana hala (ada tempat untuk tinggalkan tapi kena bayar) So tu antara sebab jugak aku tak mau berjalan sangat pada hari terakhir di NY tu. 

Satu lagi, aku pun rasa mengada jugak, aku dah rasa nak balik sangat ke Malaysia. Hahaha.
Mungkin sebab dah penat sangat berjalan selama dua minggu, dan minda aku dah set untuk balik ke Malaysia, tu yang tak rasa nak berjalan sangat. 

Anyways, aku dengan kawan aku aie, lepak la kat medan selera JFK Airport tu, online buat hal masing - masing sampai la waktu flight kami balik ke KL (singgah Shanghai).

Maka tamat la pengembaraan kami. 

Ramai yang tanya nak pergi lagi sana ke, ya, aku nak pergi lagi (Visa boleh guna selama 10 tahun kot, why not)

Cuma mungkin aku terus ke bandar atau negeri mana aku nak pergi je, takde dah nak merentas - rentas nie. Penat wei, duk dalam kereta, walaupun aku drive sikit (ada jugak aku drive yea, cuma tak lama macam kawan - kawan aku la kan).

Itu la pengalaman yang aku dapat selama 14 hari di sana. Yang best nyer aku dah merentas US, bukan hanya sampai saja, tapi merentas. That was my personal record, gitu.

Jadi kalau ada duit lebih, kawan - kawan yang mengajak, pergi la korang mengembara, aku pun tak tau ada lagi ke peluang macam nie nak datang lagi dalam hidup aku. Macam aku tulis sebelum nie, jauh dalam sudut hati aku, aku ada berangan nak merentas US, tapi aku simpan je dalam hati sebab aku tau mustahil untuk aku. Tapi tidak kalau peluang itu datang. 

Take care guys. Thanks for reading. Cheers.

Comments

Popular Posts