Selamat tengah hari dari Washington

Baik, hari ini kita teruskan berjalan di kawasan Washington D.C. Masih dalam hari yang sama dalam post yang lepas.

Lepas penat berjalan semula ke Lincoln Memorial, kami jalan la ke parking kereta pulak. Dekat tepi Lincoln Memorial nie ada Korean War Veterans Memorial pulak, diorang buat patung - patung tentera US semasa diorang berperang di Korea tahun 1950. (Serius mula - mula aku duk Vietnam War Memorial, silap okey, hahaha)



Cantik jugak la patung - patung nie di susun sebegini rupa.  


Ni tak ingat pulak bangunan ape, smithsonian building kot, nanti aku check balik. Aku suka gila bangunan macam nie, tangga besar, tiang pun tinggi besar macam nie. Magnificant. 




Ini pun tak ingat bangunan ape. 

Dan lagi bangunan yang aku tak ingat bangunan ape. Kami tengah pusing - pusing carik parking sebenanya, nak berenti kat bangunan US Capitol (kalau kite bangunan parlimen)


‘Ku di kejauhan, mendoakan agar kau bahagia tiada lagi luka” Tetiba lagu Imran Ajmain dalam kepala aku pulak. Tapi memang wei, dari jauh aku dah berdebar tengok bangunan nie.


Gigih aku snap jugak.


The architecture, marvellous.  


Ok, lepas kami jumpa parkiing spot, carik meter parking untuk bayar. Bincang punya bincang, kami nak pegi dalam sejam setengah je. Gigigla kami pun berjalan ke bangunan US Capitol nie.


Aku di sini juga akhirnya, sebak aku masa nie. Sebab tak sangka aku boleh sampai kat bangunan nie, amik gambar depan dia. Siapa kenal aku, diorang tau aku suka gila tengok bangunan macam nie, dan buat sebagai screen saver laptop aku time kat uni dulu. Then kat sini la para presiden US buat ucapan inaugural mereka selepas angkat sumpah menjadi Presiden Amerika Syarikat. Waktu kami sampai nie, diorang tengah renovate ape tah. Taman depan aku nie, diorang tengah prepare pokok krismas. Tak lama nak Krismas kan.


Tak silap, mcm nie la gambar screen saver laptop aku dulu. Kalau malam lagi. cantik.



Nie pandangan daripada belakang (tak pasti mana depan, mana belakang. Aku cakap nie belakang sebab kamii datang daripada depan tadi, hehe)


Magnific.


Kami menuju ke bawah US Capitol nie, boleh melawat, percuma. Cuma kawalan keselamatan amat la ketat, siap polis bagai yang jaga pintu. Aku dengan kawan aku sampai tersilap - silap jawab soalan yang pemandu pelancong tanya sebab gabra punya pasal. (Pemandu pelancong diorang pun baik-baik, dah la tu free tour pulak. best nyer. tapi kami tak ambik sebab masa tak cukup, kamikan bayar tiket parking kereta tu sejam setengah je, nak sampai ke bangunan nie je berapa minit dah. Lepas sampai, ambik gambar bagai,     pusing sana sini, baru masuk dalam, so tu sebab masa tak cukup)


Nie gambar belah kiri bangunan pulak (nak ke kereta dah). Kalau ada gambar dalam US Capitol tu aku share ya, sebab aku nie skema sikit, memang betul simpan henpon, sebab sampai dah kena tahan dengan polis bagai, mau tak takut aku. 

Nie ialah salah sebuah bangunan kedutaan yang ada di Washington, tak ingat negara mana punya.

Perjalanan pulang (pulang la sangat, tengah nak rehat kejap, makan, carik line internet untuk destinasi seterusnya.

Ala ala apartment kat Presint 9 Putrajaya gitu, hehe

Sesambil tu nampak la kehidupan penduduk Washington di petang hari, ambik anak balik sekolah, bersenam bagai. jalan pun jem (orang balik kerja kot, almaklum Washington nie kan macam Putrajaya)

Kalau diberi peluang lagi, aku akan kembali ke Washington untuk melawat lagi segala khazanah yang ada kat sini. Siap ada list dah kat bawah.
1. White House (Boleh kami terlupa pasal White House nie, haha)
2. US Capitol (dah pegi, tapi tak dan pusing dalam bangunan tu. Siap ada tour guide dalam tu, dan PERCUMA)
3. Smithsonian Institution (ada banyak muzium bawah institut nie)
4. Jefferson Memorial (pun boleh tak perasan bangunan nie, tapi kalau nak pegi pun amik masa sebab kena seberang laut ke sungai tah)
5. Library of Congress (nak feeling baca buku dalam library nie)
6. West Potomac Park (nak jalan - jalan dekat West Potomac Park lagi) 

Kita bersambung dalam post yang  seterusnya.


Comments

Popular Posts