Hari kelima (Death Valley + Las Vegas)


Morning, so hari ini, kita bergerak daripada Bakersfield ke Death Valley dan Las Vegas. Ikutkan hari ini la baru mula aktiviti merentas Amerika Syarikat yang sebenarnya. Sebab selama 4 hari sebelum nie, kami masih di State of California.

Baru nak keluar California abang oii, aku yang risau sebenarnya. Takut tak dan sampai New York, terlepas flight balik Malaysia, hahahaha. So kami bergerak la pagi dalam pukul 8.30am macam tu, lepas breakfast bagai.


Aku acah - acah nak makan buah la kat US nie, beli la berry nie, tak ingat apa nama. Asam takde, kita telan la berry nie, almaklum jalan jauh, takde la loya -loya dalam kereta bagai.

Berangan amik gambar tengah jalan.

Owh ya, Death Valley yang kami nak pergi nie pun masih dalam California. Las Vegas tu baru masuk second state iaitu Nevada. So boleh bayangkan betapa besarnya US nie. Setakat Malaysia yang comel tu, jauh panggang dari api kalau nak di samakan dengan US nie.

Sebab tu la aku risau sangat bila mula - mula plan nak roadtrip nie. Aku antara ahli yang cadang untuk naik flight je dari Pheonix ke Chicago ke, sebab takmau lalu tengah - tengah US. tapi aku syukur sangat sebab aku ikut jugak plan asal kawan-kawan aku nie iaitu roadtrip sebab dapat tengok banyak benda sepanjang perjalanan nie.

Anyway. Kami mula melalui jalan jalan nak keluar dari bandar nie, kami mula masuk lonely road. Korang boleh bayangkan lonely tu sampai boleh la berenti tengah jalan amik gambar jap. Tapi takda la sampai tak ada kereta langsung. Ada je kereta, cuma dalam 10 minit, satu kereta lalu, lagi 10 - 15 minit, lalu lagi satu kereta atau truck atau lori.

Macam tu la, jadi kami pun berenti la kejap amik gambar bagai. Cantik tak? Cuaca masih sejuk, cuma tak sejuk mana la, kalau kat Malaysia nie sejuk - sejuk aircond gitu. Kami macam menjauhi tempat yang nak turun salji. Macam contoh Yosemite National Park tu, kalau kami tunggu satu hari lagi, dapat la merasa salji, tapi takpa, nak taknak, merasa jugak nanti kat negeri negeri yang akan kami lalu nanti.

Red Canyon State Park

Sepanjang perjalanan nak ke Death Valley tu, ada la beberapa lagi state park kecik-kecik tepi jalan nie. Kami singgah Red Rock Canyon State Park. Amik gambar sikit, lepas tu jalan balik.

Pemandangan sepanjang perjalanan nak ke Death Valley memang mengasyikan sebab pemandangan padang pasir bukit batu yang luas terbentang yang tak ada di Malaysia.

Kami lalu kawasan tandus sepanjang perjalanan nak ke Death Valley nie, pandangan memang cantik, tak ada bangunan dah bila nak masuk kawasan Death Valley, hanya bukit batu dan tanah seluas luas alam yang pernah aku tengok. Again, kalau nak berenti amik gambar tengah - tengah jalan pun sesuai, tapi ingat, ada je kereta guna jalan tu, cuma dalam 10 - 15 minit 1 kereta.


Death Valley nie dekat sempadan negeri California (State of California) dengan negeri Nevada (State of Nevada). Tempat ni diangkat menjadi sebuah taman negara pada tahun 1994. Merupakan tempat yang paling kering dan paling panas di bahagian Amerika Utara.

Tempat paling tinggi di Death Valley National Park nie Telescope Peak, tempat paling rendah sampai tahap bawah paras laut pulak ialah Badwater Basin. Kalau aku tau tempat paling kering kat Malaysia kat Kuala Pilah dengan Jelebu, seingat aku time belajar geografi dulu la.


Alhamdulillah, sampai dah. (Tapi nie baru sign board, belum sampai visitor center Death Valley lagi, jauh lagi)


Berenti isi minyak jap, nampak bukit yang jauh kat depan tu? lepas daripada bukit tu, baru jumpa Death Valley Visitor Center (membuatkan aku terfikir, kat mana staf kat situ tinggal yea? Mungkin ada kuarters tempat tinggal dekat visitor center)


Ok kitorang sampai dah dekat Visitor Center Death Valley (lupa nak amik gambar, kalau ada aku letak yea). Kami bertiga pun pergi la baca satu-satu penerangan yang ada dekat pameran dan mini muzium yang ada dekat situ. So kami putuskan untuk pergi ke padang pasir yang ada dekat sini.

Ok, suhu dekat padang pasir nie dah lebih kurang sejuk dekat Yosemite National Park. Macam aku cakap, ini pertama kali aku pergi negara yang ada salji, so aku la yang over pakai sarung tangan bagai. Kawan aku lagi dua orang tu relaks je, almaklum bekas penuntut Malaysia di UK. Bangga dengan korang, lupa nak cakap dekat sana. Hehe.

Kami berenti nak ke natural bridge

Gambar kedua kat atas nie, gambar kat Badwater Basin, kawasan yang rendah dari aras laut, warna putih yang korang nampak tu adalah garam (yang bukan berwarna putih tu pun garam jugak, tapi dalam bentuk batu camtu. Tajam yea, so elok - elok, jangan mengada nak jalan kaki ayam kat area garam tak putih tu.

Lepas tu kami ke Natural Bridge, ada batu yang dah roboh, tapi bahagian yang tak roboh lagi membentuk ala - ala jambatan gitu.

Lepas tu kami bergerak ke Las Vegas. Perjalanan ke Las Vegas tu kami lalu waktu malam (yea la, pukul 4.00 petang dah gelap kan) Tapi masa aku melangut tengok langit, cantik gila langit kat Death Valley tu, nampak segala bintang, buruj, lampu satelit ke apa ke, Huhhh, tak terkata.

Bukti sampai Las Vegas, haha

Ok, kami sampai dah Las Vegas, kami berenti isi minyak dengan amik gambar dekat signboard Las Vegas. Tempat-tempat kat situ bukan tak nak pegi, tapi susah nak dapat parking. haha.

Punyalah dinamakan bandar perjudian, sampai kat stesen minyak dia pun ada mesin judi. Hebat. Las Vegas nie sesuai kita datang malam. Boleh tengok lampu - lampu dekat bangunan dia. Kalau datang siang, mungkin tak nampak la gemerlapan Las Vegas.

Comments

Popular Posts