a picture with thousand memories


suatu pagi, aku menerima satu kiriman sms berbunyi "beb, bgn!!!"
aku pun seperti biasa meneruskan rutin harian semester kedua tahun 3 ini dengan membersihkan diri dipagi hari sebelum ke klas.

"beb, ada mn?" kiriman sms seterusnya ku terima...Sebab aku agak lmbt turun ke kafe nk tunggu bas. Ku balas "on da way" walaupun sebenarnya masih menyarung baju.
Sesampai ku di kafe, jaya membawa perkhabaran yang aku rasa agak penting, namun ku biarkan sahaja utk mengelak
kekusutan kepala aku yang masih baru "On".
"Beb, ok x?, Sekeping DVD ngan gmbr besar RM 20... Ko bleh amik gmbr smpi muntah, muntah2 beb"


"pe nie, mahal kot, mesti ramai yg xnk dow" pintas ku. Reaksi biasa manusia yg br bangun pg kemudian disogok dengan soalan mengenai duit.


"ok la tue, photografer sggup turun padang amik gmbr ngan kite, kite plak bleh wt pape pose, outside scene plak tue..sebelah dewan budaya..ok?"


"erm, ok je la." jawap ku selamba.


Pengumuman dibuat dlm kelas 45 minit kemudian dalam kelas HBT307 mengenai sesi fotografi utk pelajar tahun akhir BATI (Bacelor of Art, Translation and Interpretation). Cadangan diterima dan kertas diedar utk butiran pembayaran dan maklumat peribadi (nama je pun).


Dipagi hari khamis, panggilan telefon diterima. Namun tidak ku jawab kerana xmahu membuang duit temanku, kerana panggilan ini khas untuk mengejutkan aku dari lamunan mimpi (Terima kasih ku ucap kan).


Selepas membersihkan diri, aku pakaikan pakaian yang agak kemas untuk menghadiri kelas tutorial tambahan pula ada sesi fotografi selama dua jam selepas itu. Ku pandang jaket hitamku yg sudah tercabut butang2 nya. "Nak bwk ke x? kalo pki panas, butang pn tercabut xjahit lg." xpe la, ckup dh rasanya" Aku keluar menuju kelas dipuncak bukit di tingkat 3 Pusat Bahasa (SoLLaT).


Sesudah kelas, seperti yg dijanjikan, kami berkumpul di Dataran Bintang bersebelahan Dewan Budaya. "kenapa xpakai kot nie, xlawa la". Ku hanya membalas dengan senyuman.

Sesi fotografi dimulakan, dengan kami disusun dengan elok, kemas dan rapi. Gambar diambil. Ketika ini dapatku lihat saat paling bahagia pernahku rasa ketika sesi fotografi. Semua persengketaan, ketidaksefahaman, kesibukkan menyiapkan tugasan, kepenatan, tekanan dilupakan seketika.



Semua pelajar gembira, senyuman terukir, kegembiraan terserlah. Ini yang ku inginkan, ku nantikan. Mengapa ia tidak berkekalan. Namun ku biarkan sahaja fikiran ini bermain dibenak minda ku.


Ketika itu aku terbayang bibit-bibit perpisahan yang akan hadir tidak lama lagi. Setiap permulaan ada perpisahan, setiap permulaan ada pengakhiran. Moga gambar yg ku dapat ini mengambarkan, menceritakan dan membukukan segala yg pernah ku pelajari, rasai sepanjang 3 tahun aku menuntut di USM ini. Biarlah gmbr ini menceritakan segala-galanya.


"beb, mmg berbaloi rm 20 aku dow" puji ku pada teman.


Disaat ku tatap gmbr ini, seribu kenangan menjelma. Terima Kasih Kawan-kawan.


Semoga hidup anda dipenuhi dengan kegembiraan.

Comments

Popular Posts