alfatihah utk yasmin ahmad


Dalam kesibukkan aku membaca jurnal dan artikel untuk memenuhkan pengetahuan aku mengenai European Union, sempat lagi aku membaca berita dalam talian (online). Aku dikejutkan dengan berita mengenai pengarah yang paling aku minati, Yasmin Ahmad dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut apabila beliau tidak sedarkan diri selepas berehat sebentar semasa mengadakan mesyuarat di Sri Pentas. Maklumat lanjut menyatakan beliau diserang strok dan pembedahan telah dilakukan untuk mengeluarkan darah beku dikepalanya. Pembedahan dilakukan di Hospital Pakar Damansara.

Pada pada pagi ahad semlm, temanku menghantarkan mesej ringkas (sms) menyatakan "yasmin ahmad ninggal dunia semalam, mmg xsangka". Terkejut aku dibuatnya, lalu terus aku on laptop utk membuka berita harian online untuk mengesahkan berita tersebut. Ya, mmg benar, lalu aku membaca laporan berita tersebut sambil didalam hati ku membaca surah alfatihah untuk arwah yasmin ahmad. Tidak ramai org terkenal yg aku minati atau sayangi melebihi aku meminati yasmin ahmad.

Karya beliau pertama yang aku lihat ialah iklan-iklan petronas yg meruntun jiwa sesiapa yang menontonnya. Iklan beliau tidak banyak percakapan, lebih kepada perlakuan. Pada mulanya aku tidak tahu siapakah pengarah untuk iklan2 tersebut (sebab aku xtau yg iklan petronas yasmin ahmad jugak yg buat). Filem pertama beliau 'Rabun'. Aku sangat tertarik untuk menonton filem ini kerana byk menyelit tentang cara hidup masyarakat malaysia sebenar. Tiada rumah besar, tiada kereta besar. Malahan scene yang di shoot juga dari posisi yg bagiku sgt2 menarik. Lebih kepada filem iklan, dan aku tak penah menonton filem seakan itu dimana-mana wayang di Malaysia. Diikuti dengan filem Sepet, yang berjaya membuatkan aku menitiskan air mata semata menontonnya. Begitu juga Gubra, Mohsin dan Talentime. Untuk filem Mualaf, aku tidak berupaya untuk menonton nya kerana kerajaan Malaysia tidak membenarkan penayangan di Malaysia atas sebab2 tertentu, namun aku gigih juga membaca plotnya di Wikipedia.


Sememangnya filem2 beliau lain dari yang lain dan membuatkan penonton mahu menontonnya kerana situasi dalam filem itu sememangnya berlaku dalam masyarakat. Beliau juga sangat berani untuk menghasilkan kisah yang jarang mendapat tempat dihati pengarah arus perdana untuk dijadikan cerita. Aku pasti ramai mengetahui maksudku..Semasa tayangan filem talentime, aku gigihkan diri untuk pergi menonton, walaupn byk tugasan lain perlu diselesaikan, walaupun aku xde duit nk beli tiket, tp alhamdulillah kwn aku memberikan tiket percuma kerana dia tidak dapat hadir. Semasa tayangan itu jugalah aku berkesempatan untuk melihat saudari yasmin dari dekat. Malah selepas tamat tayangan, aku berusaha untuk mendapatkan tandatangannya dan berkesempatan bergambar dengan arwah..


antara babak manis filem sepet

akhir skali, sebagai tanda menghormati pemergian arwah, aku akan menukar gambar YM aku kpd gmbr lain. Alfatihah untuk yasmin ahmad....

Comments

Dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita akan kembali nanti....

pemergian arwah pasti di rasai di dalam dunia seni serta di kalangan peminat, mungkin filem arwah pernah bi haramkan, penuh kontroversi tapi filemnya berkualiti. Lepas ini ada lagika iklan2 yang menyentuh jiwa??
azren said…
bak kata pepatah melayu, "patah tumbuh hilang berganti". Tp bg aku, yasmin adalah yasmin...Mungkin ada pelapis yg bakal mengantikan beliau....tp sudah pasti terdapat perbezaan "feel", tiada penganti untuk yasmin...

Popular Posts