Pengembaraan ke Vietnam 14 - 18 Februari 2018 (Hari Kedua)

Esok pagi dalam pukul 11.00 pagi, Goni call aku suh turun ajak breakfast. Aku pun turun la, dia dah tunggu kat motor dia dengan 1 plastik roti kat tangan dia. “Ini breakfast” Aku amik je, naik terus motor dia. Sembang-sembang dengan dia pasal Saigon nie. Asal lalu sungai je aku tanya “Mekong RIver ke?” Hahahaha, penat dia melayan aku. Dia jawab “Mekong River at my kampung, not here, this is Saigon river.” Lepas masuk lorong-lorong kecik yang penuh dengan penunggang motor yang lain. Sampai la aku ke satu kedai kecik (macam kedai minum). Lepak la situ, tengah tunggu goni parking motor dia, aku duk kat kerusi kosong kedai tu, datang la waiter, tanya nak minum apa, aku kata “wait for that guy, ask him” sebab waiter nie speaking Vietnam. Sekali meja sebelah tu cakap kat aku “Order la nak minum apa”. Terus aku tersenyum, sambil cakap “Ok, order kopi yang sedap tu”. Rupanya pagi nie Goni bawak aku lepak dengan kawan dia dengan sepupu dia. Sembang la kami berempat, tapi kawan dia tu macam tak sembang sangat, halangan bahasa mungkin. Tapi kat Vietnam nie ramai je boleh cakap melayu, Cuma diorang yang tak mau cakap melayu je.
Hang out with the locals, hehe
Kopi & Teh Vietnam (Aku tak minum kopi sangat, satgi pening kepala, tapi sebab speacial kt Vietnam nie, aku minum saja. But I like the tea smells like Jasmine tea. And I love tea much more than a coffee) Lepas sarapan, dekat tengah hari jugak la, baru aku ke rumah Goni. Mak ayah dia ajak makan.
Itu adalah makanan yang dihidangkan pada aku. Ada satu hidangan (sup warna hitam). Katanya dimasak hanya pada Tahun Baru Cina sahaja.) Mereka orang Islam tetapi budaya makanan dalam sambutan Tahun Baru Cina telah asimilasi dalam kehidupan mereka. Mak ayah dia serve aku dengan hidangan popia Vietnam (ade goreng, ada yang tak goreng). Cuma popia Vietnam nie dicicah dengan sup daging bukan sos jernih yang aku penah buat kat rumah. Lagi satu diorang tidak akan siapkan semua balutan popia tu dulu, baru makan, tapi diorang akan balut semua tu waktu kita tengah nak makan. So kepada sesiapa yang kenal aku, memang aku nie makan lambat (walaupun dah disediakan semua makanan depan mata). Aku sempat balut satu je, mungkin sebab aku lambat, ayah dia yang tolong balutkan untuk aku, dan ayah dia suruh aku makan je, hahaha. Banyak gulung jugak aku telan, lepas tu aku makan buah mangga dengan tembikai yang sedap, manis, cukup masaknya.
Lepas makan, lepak-lepak kejap, baru pegi masjid sembahyang (rumah Goni ni dekat je dengan masjid) Sebelum ke masjid, Jumpa lagi sorang bekas pelajar aku, Sary nama dia. Dia baru kahwin, dia habis belajar dah, tengah tunggu nak konvo je. Alhamdulillah. Sary hidangkan aku kopi vietnam lagi (aiyoo, kembung perut aku minum kopi nie, tapi takpa, kita raikan, terima kasih) Lepas solat, Goni nak bawak ronda Ho Chi Minh City pulak. Yeayy.

Comments

Popular Posts