Pengembaraan Vietnam 14-18 Februari 2018 (Hari Ketiga)

Salam, Hari ni kita ikut Goni balik kampung. Lepas subuh, aku kemas2 baju dah, layan tv vietnam kejap (aku suka tengok siaran tv luar negara, nak tengok kelainan & persamaan dengan tv Malaysia walaupun aku tak paham. Banyak channel diorang ada. Dalam pukul 11.00 pagi, Goni datang bilik amik aku pegi solat jumaat. Lepas solat, dia bawak pegi rumah dia kejap, ambil barang, siap-siap naik motor. Lepas tu dia bawak aku pegi hotel untuk urusan check out. Lepas tu terus balik kampung dia sambil ditemani kawan-kawan dia (4 orang semua nya) Nak jadikan cerita, perjalanan ke kampung dia di Wilayah An Giang adalah selama 5 - 6 jam. Aku okey, lagi best sebab naik motor (aku nangis dalam senyuman) Memula aku ingat kami akan naik kereta atau bas, sekali naik motor. Aku ingat dia gurau, sekali kenyataan. Maka bermula la perjalanan kami selepas solat Jumaat tu.
Muka ada senyum, memang menyeksakan, tapi memang aku sendiri nak merasa jadi locals kan? Rasa la kau Lepas satu jam pertama, kami berenti rehat minum sekejap. Lepas tu gerak semula tak lama lepas tu tayar motor gelong, rupanya TAYAR PANCIT! Sesuai la badan besar macam aku naik motor nak jadik benda macam nie
nasib la banyak bengkel tepi-tepi jalan untuk tukar tiub tayar nie ha.
Cantik atap bengkel diorang nie ha. Lepas betulkan, maka mula la perjalanan naik motor selama 4 jam lagi Masa tu, pinggang aku ke bawah rasa lenguh, lepas tu dia jadi sakit, lepas sakit, dia jadik takdak rasa terus dah. Macam contraction orang bersalin pulak (hahahahaha)
Dalam pukul 8.00 malam, sampai la aku di wilayah An Giang, wilayah yang mempunyai penduduk Muslim paling ramai di vietnam (muka puas hati, hahaha) Naik ferry pulak seberang sungai, baru la sampai kampung Goni. Tentatif malam tu ialah carikkan hotel untuk aku, lepas tu pegi lawat rumah sepupu dia di kampung Rumah diorang kat kampung tinggi (tak semua la) sejuk malam malam kalau tidur. Lepas melawat aku di bawak minum di kedai kopi (nanti kita sembang kedai kopi di vietnam) dipendekkan cerita, lepas lepak, Goni hantar aku balik, rehat la aku di bilik hotel, merehatkan diri, mengembalikan semula deria rsa di kaki aku nie (hahahaha) Terima lah gambar bilik hotel aku di An Giang. bye

Comments

Popular Posts