hari2 terakhir nk balik KL

jumaat nie aku nak balik KL, tiket kul 7.30 mlm, so around 12 aku sampai la. Aku balik nie sebab abag aku nk kawin. Satu pengalaman yang menarik untuk dikongsi apabila ada seorang yang kita tidak kenali akan menjadi ahli keluarga kita, iaitu bini kepada abang kita atau pn laki kepada kakak kita. Kalau ok, ok la, kalau xok tue jadik lain la. Bukan hal aku pn, watpe aku nak amik tau betul, kita nie walaupun adik beradik tapi still entiti yang berlainan.

Last week aku gi Grik, umah Hafnie, aku berjaya wat rekod peribadi iaitu memandu sendiri ke sana daripada penang. Macam2 pengalaman yang best kat sana, expecially rumah hafnie tue sendiri, bayang kan sebuah rumah yang rumputnya xpanjang, laman yang luas, pokok die sumernya tersusun. Then banyak pokok tue pokok buah-buahan, kirenya time musim buah kuar rumah dh jumpe buah, (bukan macam aku, kene drive dekat sejam baru sampai kebun. Tue pun kalau buah ada, kalau dah kene curik, beli kat kedai je la.) Family die pn mcm best, bayang kan sebuah keluarga yang mak akan cakap dialek lain, anak cakap dialek lain, bapak pun cakap dialek lain. But then semua diorg masih faham apa yang dibincangkan. Menarik kan??.

Benda mcm tue slalu jadik kalau parents die membesar tempat lain atau memang ada dialek sendiri sebelum masuk kan tempat tinggal baru diorg tue. Anak diorag pulak akan membesar kat tempat tue, so diorag akan belajar apa yang orang tempatan tuturkan sebabnya ikut kajian yang aku buat, aku lebih suka ikut apa yang kawan aku wat dari apa yang family aku buat. sebab nye masa kita sekolah, masa banyak dihabiskan dengan kawan-kawan kt sekolah berbanding dengan ibubapa di rumah. Pastu plak, masa kita remaja kita masih dalam proses pembelajaran, jadik apa yang dituturkan oleh kawan-kawan trus jadik salah satu pendidikan yang kita terima secara tidak langsung, dan kita juga akan gunakan secara tidak langsung. Btul??

Apa pun, aku enjoy gi rumah die aritu walaupun ada beberapa hal yang xsedap jadik. Dengan makan buah nyer, mcm2, dengan durian, rambutan, dukung, manggis, cempedak, all this in one whole day. Kat kampung aku ada gak, cuma family aku jarang nk balik kampung, so nk kata apa kan....

For now, aku rasa mcm2 perasaan, sedih ada, gembira ada, nk marah ada, mcm2. Ta[i tue la hidup seorang manusia yang penuh dengan perasaan dan keadaan yang telah ditentukan oleh tuhan, keadaan tue pulak kita yang pilih. So, kita lah yang membuat pilihan. Trus kan hidup anda, kerana itu lah saat yang sangat berharga. Kita nak kejar akhirat pun kene start dari dunia dulu kan...
Bye

Comments

Popular Posts